Panduan Belajar Gitar Bahagian 2
Kamu tidak boleh menjadi seorang pemain gitar pro mega super shredder dalam 1 hari.Kerana tidak ada orang yang boleh belajar dan terus pandai bermain seperti tahap pro dalam satu atau dua hari saja. Untuk menjadi menjadi seorang yang betul-betul pandai bermain gitar, kamu mesti belajar dari asas. Seorang pemain gitar perlu kira-kira 5 hingga 10 tahun untuk menjadi seorang pemain gitar profesional yang betul-betul mahir. Perkara yang paling penting yang kamu mesti belajar pertama adalah kord gitar. Bermula dari bahagian pertama diatas kamu telah diajar untuk bermain kord gitar asas seperti C, G dan F major.
Kord yang diajar dalam bahagia pertama ialah jenis kord terbuka atau open kord.
Perkembangan kord atau kord progression yang bermula dengan kunci utama kord C juga boleh dimulai dalam kord yang lain.
Mari kita lihat apakah chords utama yang lain.
Peringatan : Kord-kord selalu di tulis dalam huruf besar E F G A B C atau D.
Kord minor pula ditulis seperti Em Fm Gm Am Bm Cm or Dm.
Pelajaran 1. Susunan Kord bar atau barre chord
Dalam muzik, kord bar atau barre chord (juga dikenali sebagai kord bar atau jarangBarre kord) adalah sejenis kord gitar, di mana satu atau lebih jari digunakan untuk menekan kesemua string tali gitar dari tali pertama hingga tali ke enam (seperti barmenekan tali), membolehkan pemain memainkan kord tanpa ada batasan tona bunyi string gitar yang tidak ditekan. Barre chords sering dirujuk sebagai kord yang bergerak,secara keseluruhan tangan boleh dengan mudah digerakkan dari hujung leher gitar (dekat kepala gitar) hingga ke leher gitar yang dekat pada badan gitar. Biasanya digunakan dalam muzik yang paling popular dan klasik, mereka sering digunakan dalam gabungan dengan open chord atau standard chords gitar. Walaupun sedikit menjejaskan kualitinada.
Barre chord atau kord bar sama seperti menggunakan capo pada fret guitar. Dari fret pertama kamu boleh menggerakkan tangan ke fret yang tertinggi berdekatan badan gitar tanpa menukar walau satu pun jari.
Kord bar atau Barre Chord A major |
Tanda dot hitam bulat tidak bernombor dalam graph bermaksud untuk ditekan menggunakan bahagian bawah jari nombor 1 kamu sama seperti contoh dalam gambar warna kord bar diatas. Cuba kamu buat susunan jari kord bar seperti ini yang berada di fret ke 5. Kord ini ialah kord bar A major.
Sekarang gerak susunan tangan atau keseluruhan tangan ke fret sebelah kanan (fret ke 6) tanpa menukar sebarang jari. Sekarang kord major ini berubah nada menjadi sharp atau pitch lebih tinggi dari semasa fret sebelumnya. Nama untuk kord itu ialah A# atau A sharp major.
Mainkan kord A lagi kemudian pindahkan ia ke fret sebelah kiri (fret ke 4). Kord yang baru dipindahkan itu ialah kord Aflat. Kamu boleh memainkan kord flat atau sharp untuk semua jenis kord bar atau cord biasa.
Ingat saja, kalau mana-mana kord yang terkeluar dari tempat asal ia berada dalam kunci / key sharp atau flat.
Kalau kamu tidak menekan jari nombor 2, kord harmoni akan berbunyi seperti kord minor. Ini ialah kord bar Am
Pelajaran 2. Mari bermain kord bar minor.
A m - Sekarang kamu boleh bermain kord Am sama seperti kord Gm dalam gambar gambar diatas. Tetapi pastikan ia berada di fret nombor 5
B flat minor - Jari nombor 1 kamu berada di tali ke 5 pada fret 2. Jari no 2 tali ke 2 fret no 3. Jari ke 4 nombor tali ke 3 fret no 4. Jari ke tiga pada tali 4 fret ke 4.
C m - Kamu boleh memainkan kord C minor sama seperti kord bar B flat minor pada fret no 3.
Berlatih menekan kord-kord ini & ingatkan dalam memori minda kamu.
Pelajaran 3. Mari kita mulakan pelajaran dengan berlatih pertukaran kord (chord progression) dibawah.
A - F#m - D - E
Pelajaran 4. Chord progression of G key chord
G - Em - C - D
Pelajaran 5. D major key chord -
D - Bm - G - A
Pelajaran 6. F flat or C# key chord -
F flat (C#) - Cm - G - D
Pelajaran 7. sekarang cuba main pertukaran bermula dari kord major.
1. A - E - Fflat - E - D - Cflat - Bm - E
2. G - D - Em - D - C - Bm - Am - D
3. F - C - Dm - C - Bflat - Am - Gm - C
4. D - A - Bm - A - G - Fflat m - Em - A
No comments:
Post a Comment